Friday, July 24, 2009

Masjid kaya lupa tanggungjawab, bangga simpanan di bank

http://www.malaysiakini.com/news/109188

Terdapat masjid kaya lupa tanggungjawab sosial hasil sumbangan orang ramai atau institusi tertentu tetapi "sebaliknya berbangga mempunyai simpanan beku di bank-bank," kata seorang menteri.

"Mereka berpuas hati dengan sekadar mendapat keuntungan yang diagihkan setiap tahun tetapi tidak tahu menjanakan dana masjid itu.

"Kepimpinan masjid seperti ini tidak mempunyai kemahiran, tidak mengetahui cara membelanjakan dana tersebut untuk faedah masyarakat Islam yang memerlukannya," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Seminar Pengurusan Masjid Peringkat Asean 2009 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Changlon malam tadi, lapor Bernama.

Sususlan itu, beliau menyarankan masjid berdana besar menjalankan tanggungjawab sosial dengan mewujudkan program berkembar bagi membantu masjid daif, terutama di luar bandar.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri perlu bekerjasama merangka skim pelaburan dana masjid atau
koperasi masjid secara berkesan.

Jamil Khir berkata, kepimpinan masjid memainkan peranan penting dalam mewujudkan keunggulan institusi masjid di samping mendapat sokongan penuh anak kariah terhadap semua aktiviti yang dianjurkan.

Beliau berkata, sebagai institusi yang juga merupakan aset umat Islam yang amat tinggi nilainya, masjid perlu menganjurkan pelbagai program yang boleh menarik kumpulan sasar terutama golongan remaja.

Katanya, institusi masjid perlu merangka program yang bukan sahaja mampu mencerminkan kesesuaian dengan semua golongan masyarakat malah juga selari dengan pemikiran masyarakat itu sendiri.

"Program yang dilaksanakan tidak hanya perlu menumpukan kepada yang berteraskan keagamaan tetapi perlu juga merangkumi program yang mempunyai nilai keduniaan," katanya.

Komen:

Wah ini sudah terbalik, dapat dana dari orang ramai, pengurusan masjid pula yang bagi simpan dalam bank. Kalau nak fikir dengan akal yang waras, rasanya sapa yang akan dapat pahala sekiranya duit tu disimpan dalam bank.

Kan lebih baik ia diberikan kepada anak2 miskin bagi mengurangkan masalah mereka ke. Barulah duit tu dapat memberikan pahala kepada yang memberikan sedekah tu.
Banyak masjid yang saya lihat, setiap Hari Jumaat ada sahaja sedekah dari orang ramai dan jumlah sedakah tu ditulis di atas dinding..sampai beribu2 ringgit. Pas tu simpan dalam bank... heharap disimpan dalam bank islam. kalau kat bank yang dah terang mengamalkan riba eeeeiii tak tau la.

so, sebagai insan yang perihatin, bukan kah lebih baik wang tu segera dihabiskan untuk jalan Allah seperti membantu anak fakir miskin, keluarganya. Kan baik tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...