Monday, July 20, 2009

Gerhana Separa Matahari 22 Julai 2009


Pasti anda teruja untuk melihat Gerhana Separa Matahari di Malaysia.


Jom kita sama-sama saksikan.



Di Sabah tempat terbaik menyaksikan gerhana ini ialah di Kudat yang dijangka akan menyaksikan sebanyak 13.4% permukaan matahari dilindungi oleh bulan. Gerhana bagi kawasan ini bermula jam 8:46 pagi berakhir jam 10:30 pagi.


PUSKAL-Sabah pula dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan termasuk Unit Sains Dan Teknologi Jabatan Ketua Menteri Sabah akan membawakan pencerapan gerhana matahari di Dewan Hashim Lingkudau Ranau pada 22 Julai 2009 bermula jam 8 pagi.


Pencerapan gerhana matahari separa akan dilakukan di dewan tersebut dan seterusnya membawakan siaran secara langsung pencerapan gerhana matahari penuh yang di lakukan di Shanghai China.


Kesemua aktiviti ini akan disiarkan semula dan diterima dan diikuti oleh pelajar-pelajar di 50 buah sekolah di Negeri Sabah menerusi internet.


Siaran langsung ini akan diacarakan oleh pelatih-pelatih dari Universiti Malaysia Sabah.

Gerhana matahari separa akan dapat disaksikan pada 22 Julai 2009 di seluruh Kawasan Malaysia bermula seawal 8:18 pagi hingga 10:35 pagi. Walaubagaimanapun disebabkan perbezaan geografi maka waktu permulaan gerhana matahari dan waktu tamat gerhana matahari tidak sama di antara bandar-bandar seluruh negara.

Bagi Kawasan Kota Kinabalu gerhana separa hanya akan bermula pada jam 8:46 pagi dan berakhir pada 10:30 pagi.


Gerhana matahari penuh pula hanya dapat disaksikan bermula di Barat India Utara, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Mynmar, China, Kepulauan Ryukyu (wilayah Jepun) dan berakhir di timur Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik.

Bagi kawasan yang mengalami gerhana penuh akan menyaksikan gerhana penuh terlama pada abad ini iaitu sehingga 6 minit 39 saat.


Gerhana matahari berlaku disebabkan matahari, bulan dan bumi berada dalam keadaan sebaris dan bulan pada masa itu melindungi cahaya matahari daripada jatuh keatas bumi.


Pada amnya Kawasan Malaysia hanya dapat menyaksikan gerhana separa sehingga 17.8% (di Kangar) cakera matahari dilindungi oleh bulan. Bagi Kota Kinabalu peratus gerhana separa ialah 10.9%. Kudat 13.9%, Tawau 7%.

Info Gerhana Separa Matahari 22 Julai 2009
klik

Cara Melihat Gerhana Matahari klik

Bagaimana Gerhana Matahari Berlaku klik

Langkah keselamatan semasa menyaksikan gerhana matahari klik

Jadual Keadaan Gerhana Matahari Separa di Malaysia klik

Siaran Secara Langsung Gerhana Matahari Separa 22 Julai 2009 :

Video dari Planetarium Negara di Kuala Lumpur

Siaran Langsung Dari PUSKAL-Sabah


Juga di sini klik

Sumber:
http://astronomi.lingkudau.net/




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...